Sunday, March 14, 2010

Singapura..

Sept 2009....

fuhh... panas sungguh cuaca disingapura ini, tambahan pula bekerja dibawah sinaran matahari yang berlantaikan besi yang panas bersama bahang dari welding dan haba-haba dari pemotongan besi.. gambar-gambar berjalan kat singapura tak dapat la nak upload, pasal masa jalan-jalan tak terpikir pula nak masukkan dalam blog ni, tapi tak apa singapura tu dekat je, ada masa pergi la jalan sendiri ye....



bergambar bersama- sama sinor yang super otai, sikit2 lama-lama jadi bukit... bukan kat brazil ye, bendera tu je brazil pasal kedai brazil,... makanan pun halal, yang halal la, kalau babi tu haram juga la,,, senang cerita tak yah la nak masuk kedai yang macam ni, lepak - lepak minum boleh la....




suasana kerja yang penah dahaga terutamanya pada bulan puasa yang bakal menguji iman saudara sekalian, tambahan pula mat mat bangla dengan selambanya minum air sejuk...
tergugat keimanan dikala matahari berada diatas kepala...

Thursday, March 11, 2010

Kemboja..

May 2009.......


selamat datang ke kemboja.... walau pun perjalanan kali ini tak berapa meriah, tetapi akhirnya sampai juga ke kemboja... ini adalah salah satu pintu masuk ke kemboja.. jalan raya masih berdebu dan ramai penduduk kemboja yang darang ke thailand untuk bekerja.. cuaca disi sangat panas dan kering.. kesian... ramai penduduk yang miskin......





keadaan di kemboja dan sempadan kemboja.. penduduk meminta sedekah diatas jambatan yang menghubungkan kemboja dan thailand...



sempat bergambar di sempadan thailand dan kemboja....

Walking street, Thailand

May 2009........


walking street terletak di pattaya... dekat je ngan hotel kami menumpang mandi.. rm 2 naik moto tambang atau pun tut tut... sempat singgah melihat walking street yang amat glamor bagi rakyat thailand atau pun rakyat malaysia., kebetulan kami berada disana ketika musim raya songkram, maka berduyung- duyung lah warga eropah russia dan lain2 mat salleh n minat salleh berkunjung bercuti sambil melihat pesta air di thailand.. terdapat juga baju2 ,cenderamata dan pertunjukan thai boxing disini.. ianya hidup antara magrib hingga subuh.. macam up town la...






sekitar walking street , terdapat juga resoran makanan laut disini.. pengungjung hanya boleh berjalan kaki sahaja, tidak dibenarkan berbasikal atau pun berkenderaan lain ketika waktu malam iaitu waktu urus niaga dijalankan.. terdapat pelbagai ragam manusia disini....




perbezaan malam dan siang di walking street.. siang hari jalan ini adalah seperti jalan2 lain yang sunyi dan digunakan oleh penduduk tempatan.. tetapi bila malam menjelma keadaaan bertukar sebalik nya... dipenuhi dengan cahaya lampu neon yang cantik...

Ko Lan, Thailand..

May 2009........



terletak lebih kurang 8 batu nautika dari pantai pattaya,. pengankutan utama untuk ke pulau tersebut adalah dengan menaiki feri yang seperti diatas dengan tambang semurah rm2... pantainya memang cantik, putih berseri dan menpunyai banyak batu karang. menjadi tumpuan pelancong dari eropah dan russia...


berhimpit himpit didalam feri yang murah tambangnya...


ABC...... layan je, itu je yang halal...

ko lan dari laut... nampak macam gersang.. tetapi memang panas cuaca disana.. pokok pun tak berapa nak ada..tetapi lautnya sangat cantik.. pantai-pantai peranginan terletak di belakang pulau manakala didepan pulau pula adalah pekan dan jeti...

Monday, March 8, 2010

Ko Si Chang...

April 2009........



fenomena yang hanya boleh dilihat 3 tahun sekali sahaja....


Ko Si Chang , sebuah pulau yang terletak 15Km dari bandar Sri Racha.. majoriti penduduk disini bekerja sebagai nelayan, terdapat 3 atau 4 keluarga islam mendiami pulau ini.. pulau ini adalah pulau yang bersejarah dan menjadi tempat pengkebumian raja-raja thailand.. terdapat loji minyak yang besar diatas bukit pulau ini.. menjadi tumpuan kepada pelaut-pelaut untuk membeli makanan sementara menunggu kapal-kapal mereka berlabuh di pelabuhan leam chabang ataupun sri racha port.



kubur raja-raja thailand siatas bukit dan keadaan pulau ini pada waktu senja.. sunyi dan damai..



keadaan jeti di pulau ini.. menjadi tumpuan penduduk tempatan untuk ke tanah besar..

Pattaya, Thailand.

April 2009....



Pattaya, terletak berhampiran dengan sri racha iaitu sejauh 1.5 jam perjalanan menaiki toyota hiace yang teleh diubah suai menjadi mini bas, lengkap dengan aircond atas kepala , sistem bunyi dan juga tv dan pemain cd. menjadi tumpuan pelancong terutamanya dari barat dan russia..




mengunjungi muzium repleys believe it or not dan juga taman air pattaya.




terdapat jeti di bandar ini untuk pengungjung menaiki feri ke pulau-pulau yang berhampiran yang amat jernih airnya dan terdapat batu karang yang cantik.

Sri Racha, Thailand..

April 2009.....


beginilah keadaan sri racha nakorn... sebuah bandar pelabuhan. terdapat pelbagai warna dan hisan tut tut.... pengangkutan awam yang amat popular di Thailand.. susah untuk mendapatkan makanan halal disini, tetapi makanan nya amat sedap.. terdapat sebuah rstoran halal berhampiran jeti au udom.




sempat berjalan-jalan disekitar bandar sri racha..




pemandangan di pelabuhan sri racha yang penuh dengan kapal-kapal dan aktiviti perdagangan.. terdapat sehingga seratus kapal-kapal tangki minyak yang kecil disini.. pemindahan arang batu dari kapal ke jeti juga dijalankan disini.. pelabuhan yang sibuk....

Thursday, March 4, 2010

Bangkok, Thailand..

April 2009.....

welcome back to Thailand..... Sawadeeekap...




fuhh..... baru pulang dari manila terus ke bangkok selepas seminggu bercuti...
apa pun... sawadeekap.... sekali lagi boleh merasa tomyam yang amat lazat itu...






Batanggas, Philippines...

2009.......




malam sambutan tahun baru .... bunga api di teluk batanggas. hampir sepanjang teluk batanggas dipenuhi dengan bunga api.. berterusan hampir 20 minit.. sungguh meriah.. melihat suasana dari laut biru... tetapi bentuk bunga api sumuanya lebih kurang sama, tidak seperti di Malaysia yang menpunyai pelbagai bentuk dan warna...




roti?......... hati-hati memilih yang halal... makanan ruji sepanjang berada di Philippines...



membeli- belah di SM mall batanggas...



jeepny.... pelbagai warna ..cantik... bunyi seperti lori, sangat kuat ekzos nya. pengganti bas mini, sangat popular di philippines, bentuk jeepny berbeza mengikut kawasan dan kreativiti penduduk tempatan mengubah suai jeep....




membeli bahan mentah di pasar segar batanggas...



suasana di port of batanggas.. subuh subuh hari lagi dah memekak....

Tuesday, March 2, 2010

Cebu, Philipines..

Feb 2008.......

begini lah pemandangan bandar cebu, philippines dari laut.... sungguh padat penduduk nya.. keadaan bandar cebu lebih cantik sedikit dari manila.. namun ramai juga golongan setinggan yang berumah di kaki lima jalan.. cahaya lampu bandar cebu begitu cantik dan meriah, kelihatan sepanjang pantai lebih kurang 15 km..





menaiki super ferry dari banate ke bandar cebu yang mengambil masa selama 16 jam..
tiada kerusi , cuma dibekalkan dengan katil sahaja... pengalaman baru belayar menaiki super ferry, sungguh asik melihat pemandangan luar yang dikelilingi oleh pulau pulau yang cantik...




beginilah keadan cebu port ketika super ferry kami nak berlabuh.. sekelompok peminta sedekah dipercayai dari suku bajau menaiki sampan kecil datang mengharapkan simpati dan ehsan daripada penumpang super ferry.. ada yang tua, kanak-kanak dah orang dewasa.. mereka megejar duit yang diberikan oleh penumpang super ferry, sampaikan kadang-kala terpaksa berebut dan terjun ke dalam laut untuk mengambil duit syiling itu... sungguh sedih melihatkan keadaaan ini.. simpati.... namun apakan daya.. berat mata memandang berat lagi bahu memikulnya... syukur .. tanah tumpah ku masih aman dan mudah untuk mendapatkan rezeki...



menaiki feri laju menuju ke pulau bohol. pulau peranginan yang cantik.. memiliki beruk yang terkecil sebesar jari dan memiliki gunung yang cantik diberi nama chocolate hill..... pantainya juga bersih dan terdapat banyak batu karang yang menjadi tumpuan pelbagai jenis ikan...






membeli sayur dan makanan segar di pasar cebu.. harga nya murah dan segar.. menjadi tumpuan rakyat tempatan membeli bekalan harian,.. dibuka seawal 5 pagi...
dilorong -lorong belakang bangunan...


tentang saya

My photo
kelantan, Malaysia
beginilah kehidupan..