Sunday, February 28, 2010

Kota Kinabalu, Sabah..

Dec 2008.....




dalam airport kk.....
transit ke manila..













menuggu dengan penuh kepenatan......













bersama projek manager dan adik chef wan












Wednesday, February 24, 2010

Pulau Pinang, Malaysia

september 2008

"Selamat Pulang ke Malaysia"

Selepas pulang ke Malaysia, lokasi seterusnya adalah pulau pinang.
hari pertama samapai ke pulau pinang terus ke padang kota perkena pasembor... ok la.. sedap la juga..
layan kan saja.. berbuka puasa...

Penat la juga kerja puasa-puasa ni, harap harap sempat balik raya.
Team dari satun pun dah balik., tinggal aku seorang sahaja dekat Pulau Pinang ni..,, harap-harap adalah yang datang ganti untuk raya nanti.. hahahhaha....


Best juga tingggal di Frasier Suite... siap ada kolam renang lagi..
tapi puasa tak dapat la nak berendam ...
malam-malam lepas buat kerja siang hari pergi makan ikan bakar..
memang syok makanan dekat sini.. harga pun berbatutan.







penat bekerja siang hari di bulan puasa ni.. tengok mat bangla minum air selamba je... haus la pula..
tapi tak apa sabar aja la..
terpaksa berhati- hati dengan kabel 132Kv bawah jalan ...





fuh... panas masa sampai di pulau jerejak..
cantik juga resort .. tapi tak bermalam la, balik hari.
siap ada padang untuk main bola tampar lagi, ATV untuk menjelajah sekeliling pulau, juga ada tempat untuk memancing ikan..




korek lubang untuk persediaan landing cable..
kesian pulau ni kurang bekalan elektrik..










tengah angkat bidred yang terbalik dipukul arus pada malam harinya. masing- masing menahan panas dan dahaga..






Satun, Thailand...

Ogos 2008.....

Sawadeeekap!!!........

misi kali ini adalah ke Satun Thailand....
terletak bersempadan dengan perlis...
hampir majoriti penduduk adalam melayu Islam..
50% penduduk boleh berbahasa melayu kedah...
hang nak tau , hang kena pergi tengok sendiri..

Penat.... bawak kereta dari KL ke Bukit kayu Hitam
kemudian ke Hat Yai dan menuju ke lokasi iaitu Satun.
Sampai sahaja di Satun kami bermalam disana.

Masing-masing menunjukkan muka penat yang amat sangat.
nasib baik la tukar-tukat bawa kereta..
sebelum masuk ke Thailand jgn lupa bawa photostat geran
kereta dan beli insuran di pintu masuk Thailand untuk mengelakkan ditahan pihak berkuasa Thailand. Anda juga boleh menggunakan bas dari Kuala Kumpur ke Hat Yai..

Thailand..
Makanan disana memang sedap terutamanya TommYam dan Asam Pedas,sangat berbeza rasa dengan yang ada dimalaysia.
Rata-rata penduduk satun adalah nelayan. Terdapat dua buah pulau berhampiran jeti satun iaitu Pulau Puyu dan Pulau Panjang.

kerja kami melibatkan kedua-dua pulau tersebut dan jeti satun.
Satun juga menjadi pintu masuk ke Thailand dari malaysia, sama ada menaiki feri dari langkawi atau menaiki bot dari kuala Perlis.
suasana di Jeti Saun sangat harmoni, terdapat makanan muslim.



Di Pulau Panjang terdapat sebuah masjid yang terletak dipuncak bukit pulau tersebut. Rata-rata penduduk di kedua-dua pulau ini berpendidikan sehingga sekolah rendah sahaja dan membesar menjadi nelayan..

Laut sini memang banyak ikan. Makanan disini juga murah dan sedap sehingga menjilat jari.. hihihihihi... Dipulau ini juga pernah dilanda Tsunami pada tahun 2006.


kerja-kerja disini sangat memenatkan. cuaca sangat panas dan sesekali hujan lebat , memaksa kami berhenti bekerja.
projek menanam kabel elektrik ini adalah ditaja oleh raja perempuan Thailand, mega projek... sehinggakan semasa kami membuat kerja terdapat segerombolan wartawan dan wakil rakyat datang melihat kerja-kerja yang dijalankan..hihihih... akhirnya masuk tv tahiland lah muka-muka hensem kami....



Semasa buat kerja di pulau panjang , kami sempat menghadiri program yang dianjurkan oleh kastam Malaysian dan kastam Thailand.. makan free.... join je la.... ramai juga la warga kastam malaysia yang sempat kami jumpa.

Sebulan juga la kami berada disana, nasib baik la makanan muslim senang nak dapat... sempat la berpuasa seminggu kat sana. Penat.. pagi2 lagi kelaut, petang balik pastu buka puasa dan terus tidur. Ops.., kantoi..
terawikh kat bilik...



Macam best juga duduk kat Thailand ni, setiap rumah ada parabola, boleh tengok siaran seluruh dunia...


























Vung Tau, Vietnam...



may 2008...


... pertama kali keluar negara.. lokasi
pertama adalah Vung Tau..tiga jam perjalanan dari kota ho chin min.

Letih dan seronok setelah sampai ke Ho cin Min city..
bandaraya yang penuh sesak dengan motosikal..
hampir semua simpang empat di bandar itu tidak mempunyai
lampu isyarat.. sungguh mengerikan..
agak2 nya misti mat rempit suka keadaan disini.. hihii...

sarapan pagi..??....
itu lah sarapan kami.. hanya secawan kopi , telur masak dan
roti keras yang enak
dimakan ketika panas- panas.
kami menginap di Bimexo... ala-ala chalet..
betul-betul ditepi pantai tempat landing cable.

pantai disini dijaga bersih...
keadan disini macam negara kita zaman 80 an..
semua gilakan mandi pantai ..
hahaha.. setiap hari ahad sahaja diadakan pesta dipantai..
sungguh meriah..

ramai pelancong- pelancong asing ke Vung Tau..
banyak kraf tangan yang cantik dan murah- murah,
dijual di kedai -kedai berhampiran dengan jety dan bandar..

Teringat....
ketika kami menbuat persiapan untuk landing cable..
seorang rakyat vietnam ternampak tikus lalu terus mengejarnya
sehingga ke bawah longkang.
kami semua terkejut,kaku, berhenti bekerja , mata masin-masing
tajam melihat gelagat oarang vietnam itu..
pernah sekali krew tug bot terjun kelaut sambil mengejar katak
yang dibeli di pasar berhampiran...
terdetik dihati saya.."orang vietnam, asal benda bergerak sahaja=makanan"

walaupun penat bekerja hampir sebulan, sempat juga bersiar-siar sekitar bandar Vung Tau. sempat juga merasa ekor ribut taufan yang melanda sehingga seminggu...
Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kami semua..

alhamdulillah semuanya selamat..
kerja-kerja kami juga siap mengikut tempoh yang diberi..
sebulan disana.. teringat makanan enak-enak di malaysia..
makanan halal susah didapati disana..
hanya ada dua kedai sahaja..satu milik pakistan, dan satu lagi milik vietnam..
masakan kari dan gulai vietnam hampir sama dengan masakan malaysia..
walau bagimanapun nasi disana lebih enak dari nasi di malaysia..

MALAYSIA....... tunggu kepulangan kami...
hihihihihihi........
letih sebulan bekerja..










Sungai Rengit, Johor......

mac 2008

... miggu pertama kerja terus menuju ke lokasi mencari dan membaiki kabel fibre optik..
lima jam perjalanan dari kelang ke sungai rengit johor.. bot yang digunakan untuk mengangkut makanan dan pekerja ke kapal..
mabuk laut dua tiga hari...
hihihihihi.... sungguh memenatkan..
putus hubungan dengan dunia luar selama sebulan.....

tentang saya

My photo
kelantan, Malaysia
beginilah kehidupan..