Wednesday, February 24, 2010

Satun, Thailand...

Ogos 2008.....

Sawadeeekap!!!........

misi kali ini adalah ke Satun Thailand....
terletak bersempadan dengan perlis...
hampir majoriti penduduk adalam melayu Islam..
50% penduduk boleh berbahasa melayu kedah...
hang nak tau , hang kena pergi tengok sendiri..

Penat.... bawak kereta dari KL ke Bukit kayu Hitam
kemudian ke Hat Yai dan menuju ke lokasi iaitu Satun.
Sampai sahaja di Satun kami bermalam disana.

Masing-masing menunjukkan muka penat yang amat sangat.
nasib baik la tukar-tukat bawa kereta..
sebelum masuk ke Thailand jgn lupa bawa photostat geran
kereta dan beli insuran di pintu masuk Thailand untuk mengelakkan ditahan pihak berkuasa Thailand. Anda juga boleh menggunakan bas dari Kuala Kumpur ke Hat Yai..

Thailand..
Makanan disana memang sedap terutamanya TommYam dan Asam Pedas,sangat berbeza rasa dengan yang ada dimalaysia.
Rata-rata penduduk satun adalah nelayan. Terdapat dua buah pulau berhampiran jeti satun iaitu Pulau Puyu dan Pulau Panjang.

kerja kami melibatkan kedua-dua pulau tersebut dan jeti satun.
Satun juga menjadi pintu masuk ke Thailand dari malaysia, sama ada menaiki feri dari langkawi atau menaiki bot dari kuala Perlis.
suasana di Jeti Saun sangat harmoni, terdapat makanan muslim.



Di Pulau Panjang terdapat sebuah masjid yang terletak dipuncak bukit pulau tersebut. Rata-rata penduduk di kedua-dua pulau ini berpendidikan sehingga sekolah rendah sahaja dan membesar menjadi nelayan..

Laut sini memang banyak ikan. Makanan disini juga murah dan sedap sehingga menjilat jari.. hihihihihi... Dipulau ini juga pernah dilanda Tsunami pada tahun 2006.


kerja-kerja disini sangat memenatkan. cuaca sangat panas dan sesekali hujan lebat , memaksa kami berhenti bekerja.
projek menanam kabel elektrik ini adalah ditaja oleh raja perempuan Thailand, mega projek... sehinggakan semasa kami membuat kerja terdapat segerombolan wartawan dan wakil rakyat datang melihat kerja-kerja yang dijalankan..hihihih... akhirnya masuk tv tahiland lah muka-muka hensem kami....



Semasa buat kerja di pulau panjang , kami sempat menghadiri program yang dianjurkan oleh kastam Malaysian dan kastam Thailand.. makan free.... join je la.... ramai juga la warga kastam malaysia yang sempat kami jumpa.

Sebulan juga la kami berada disana, nasib baik la makanan muslim senang nak dapat... sempat la berpuasa seminggu kat sana. Penat.. pagi2 lagi kelaut, petang balik pastu buka puasa dan terus tidur. Ops.., kantoi..
terawikh kat bilik...



Macam best juga duduk kat Thailand ni, setiap rumah ada parabola, boleh tengok siaran seluruh dunia...


























No comments:

Post a Comment

tentang saya

My photo
kelantan, Malaysia
beginilah kehidupan..