Wednesday, February 24, 2010

Vung Tau, Vietnam...



may 2008...


... pertama kali keluar negara.. lokasi
pertama adalah Vung Tau..tiga jam perjalanan dari kota ho chin min.

Letih dan seronok setelah sampai ke Ho cin Min city..
bandaraya yang penuh sesak dengan motosikal..
hampir semua simpang empat di bandar itu tidak mempunyai
lampu isyarat.. sungguh mengerikan..
agak2 nya misti mat rempit suka keadaan disini.. hihii...

sarapan pagi..??....
itu lah sarapan kami.. hanya secawan kopi , telur masak dan
roti keras yang enak
dimakan ketika panas- panas.
kami menginap di Bimexo... ala-ala chalet..
betul-betul ditepi pantai tempat landing cable.

pantai disini dijaga bersih...
keadan disini macam negara kita zaman 80 an..
semua gilakan mandi pantai ..
hahaha.. setiap hari ahad sahaja diadakan pesta dipantai..
sungguh meriah..

ramai pelancong- pelancong asing ke Vung Tau..
banyak kraf tangan yang cantik dan murah- murah,
dijual di kedai -kedai berhampiran dengan jety dan bandar..

Teringat....
ketika kami menbuat persiapan untuk landing cable..
seorang rakyat vietnam ternampak tikus lalu terus mengejarnya
sehingga ke bawah longkang.
kami semua terkejut,kaku, berhenti bekerja , mata masin-masing
tajam melihat gelagat oarang vietnam itu..
pernah sekali krew tug bot terjun kelaut sambil mengejar katak
yang dibeli di pasar berhampiran...
terdetik dihati saya.."orang vietnam, asal benda bergerak sahaja=makanan"

walaupun penat bekerja hampir sebulan, sempat juga bersiar-siar sekitar bandar Vung Tau. sempat juga merasa ekor ribut taufan yang melanda sehingga seminggu...
Allah sahaja yang tahu betapa takutnya kami semua..

alhamdulillah semuanya selamat..
kerja-kerja kami juga siap mengikut tempoh yang diberi..
sebulan disana.. teringat makanan enak-enak di malaysia..
makanan halal susah didapati disana..
hanya ada dua kedai sahaja..satu milik pakistan, dan satu lagi milik vietnam..
masakan kari dan gulai vietnam hampir sama dengan masakan malaysia..
walau bagimanapun nasi disana lebih enak dari nasi di malaysia..

MALAYSIA....... tunggu kepulangan kami...
hihihihihihi........
letih sebulan bekerja..










No comments:

Post a Comment

tentang saya

My photo
kelantan, Malaysia
beginilah kehidupan..